Saturday, September 24, 2011

Tujuan Ibadah untuk Bersihkan Hati


Tentu masih ramai tertanya-tanya kenapa kita beribadah selama ini. Sebenarnya seluruh amal ibadah dalam Islam sebenarnya bertujuan untuk memperbaiki dan meningkatkan kualiti hati kita.
Kalau hati kita berkualiti, pasti amalan kita juga berkualiti.
Solat
Tujuan utama solat adalah untuk mengingati Allah, Firman Allah dalam Surah Taha : ayat 14, "Dan dirikan solat untuk mengingati-Ku". "mengingati Allah" yang dimaksudkan di sini adalah merasakan kehadiran Allah dalam diri sehingga menimbulkan rasa takut, kagum, malu, hina, dan harap kepada Allah dalam hati.

Puasa
Tujuan puasa adalah untuk melahirkan sifat takwa iaitu mampu mengawal diri dan berhati-hati dengan hukum-hakam Allah. Sebagai contoh adalah firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 183,"Wahai orang yang beriman,diwajibkan berpuasa ke atas kamu untuk berpuasa sepertimana orang yang terdahulu daripada kamu agar kamu menjadi orang yang bertakwa.". Takwa itu juga terletak dalam hati. Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: "Takwa itu di sini (sambil menunjukkan dada Baginda)." Dengan sifat takwa,seseorang itu akan naik "darjahnya" di sisi Allah. Firman Allah dalam surah Al-Hujurat, ayat 13,"Sesungguhnya manusia yang mulia di sisi-Ku ialah mereka yang bertakwa."

Zakat
Tujuan mengeluarkan zakat adalah untuk melatih hati agar mampu memberi kepada orang lain. Sasaran ibadah zakat ialah untuk melunturkan sifat tamak, rakus dan pentingkan diri sesama manusia. Zakat itu kata asas yang bermaksud "bersih". Zakat fitrah adalah untuk "membersihkan" diri, manakala zakat harta adalah untuk "membersihkan" harta. Dan dengan kebersihan diri dan harta ini akan bersihlah hati seseorang daripada kekotoran sifat mazmumah.

Haji
Ibadah haji meletakkan hati sebagai sasaran. Haji hakikatnya adalah kembara seorang hamba membawa hatinya menuju Allah.

Korban
Ibadah korban bertujuan "menyembelih" rasa cinta selain Allah dalam hati manusia untuk hanya mencintai Allah. Firman Allah dalam surah Al-Hajj, ayat 37,"Daging dan darah(haiwan korban) itu sekali-kali tidak akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya adalah ketakwaan kamu..."

No comments:

Post a Comment