Friday, December 28, 2012

Qiamullail Safar 1434 Hijrah

Assalamualaikum kepada semua saudara/saudari yang dikasihi dan dirahmati Allah sekalian, PERPPISLD ingin mengajak anda menelusuri kembara fizikal dan spiritual dalam program Qiamullail. Qiamullail yang membawa pengertian 'bangun pada 1/3 malam untuk beribadat kepada Allah' dianjurkan bagi membawa masyarakat di bumi Palma(Lahad Datu) menghayati keindahan beribadat kepada-Nya. Program yang berlangsung selama sehari ini turut dihiasi dengan majlis-majlis ilmu,praktikal sunnah-sunnah Rasulullah S.A.W,dan pelbagai kelebihan lain. Kepada yang berminat,anda boleh datang pada ketetapan yang berikut:

~>TARIKH: 31 Disember 2012 - 1 Januari 2013
~>TEMPAT: Masjid Ar-Raudhah,Lahad Datu
~>MASA: 3 PM(31 Disember 2012) hingga 7 AM(1 Januari 2013)
~>YURAN: RM2.00


Marilah kita bersama-sama menyambut permulaan tahun baru dengan ibadah kepada Allah...
















Monday, December 17, 2012

Tanzim PERPPIS~LD Sesi 2012 / 2013

Salam Wasilah Ukhwah Fillah
oleh : Cikgu Sidi

Tanzim PERPPIS~LD Sesi 2012 / 2013

Presiden: Abdurazik Tckperppisld
Timb. Presiden: Marwan Firdaus
S/U Muslimin: Azlan Husin
Bendahari Muslimin: Asbi Amat
Pengerusi Lajnah Tarbiah & Dakwah: Muhammad Irfan Nizar
Pengerusi Lajnah Kepimpinan & Siasah: Rusman Haruna PerppisLd
Pengerusi Lajnah Penerbitan & Informasi: Akmal Fadzeel Haizee
Pengerusi Lajnah Keushawanan & Ekonomi: Mohd Ihzam Bistari
Pengerusi Lajnah Tugas-Tugas Khas: Asmizan Alimuddin

Pengerusi HEPI: Salmah Sulaiman
Timb Pengerusi HEPI: Nurul Syakinah Perppisld
S/U Muslimat: Junaisahrose Perppisld
Bendahari Muslimat: Juliana Hamsa
T.Pengerusi LTD: Florinda Majid
T.Pengerusi LKS: Siti Marlin Salleh
T. Pengerusi LPI: Taznihar Rick
T. Pengerusi LKE: Nurhidayah Samsul
T.Pengerusi LTK:
1. Nur Elawaty
2. Nurul Zulaikha
3. Noor Maira Ibni Hashim Perppisld

Friday, August 10, 2012

Kahwin Cepat - Yang Berkat Jadi Mudarat?


Majlis akad nikah itu baru sahaja usai. Saya dan beberapa orang sahabat
masih menikmati minuman ringan yang disediakan oleh pihak tuan rumah. 
Tiba-tiba seorang lelaki tua yang memang saya kenali menarik tangan saya
dan bertanya, "Kenapa orang sekarang kahwin lambat sangat?" 
Saya lantas bertanya, "Tuk dulu kahwin cepat?" 
"Umur 15 tahun, nenek kau dah dapat anak seorang... "

Terbayang anak perempuan saya yang menuntut di tingkatan 5 sekarang.
Sukar nak membayangkan betapalah di usia itu dia sudah mempunyai anak.
"Bahagia Tuk?" 
"Tak bahagia apa... anak Tuk 12 orang!" 
Terhibur saya berbual dengannya, semuanya diukur dengan angka. 
"Saya berkahwin pada umur 21 tahun. Waktu tu masih menuntut lagi, orang
heboh saya tak sabar," adu saya tanpa dipinta. Sengaja mengundang
reaksi.

"Tak sabar? Pelik, kalau zaman Tuk, tu kira terlajak dah tu!"
"Betulkah saya tak sabar, Tuk? " tanya saya semacam mengusik. 
"Eh, taklah. Kalau nak buat baik, eloklah cepat. Selamat dari maksiat.
Kalau betul tak sabar, Tuk ni lagilah tak sabar... umur 17 tahun dah
kahwin, heh, heh, heh... " 
"Setuju tak Tuk kalau dikatakan soal kahwin ni bukan soal cepat lambat,
tapi soal dah bersedia atau tidak?" 
"Setuju. Tapi kena hurailah maksud persediaan tu... " tajam Tuk membalas.
"Kalau ikut pandangan Tuk, apa agak-agaknya persediaan tu?" 
"Soal ni tak boleh agak-agak... Mesti tepat."
Terkedu saya dibuatnya. Tuk ni bukan sebarang orang. 

"Maksud bersedia bukan sahaja dari segi umur... Asal akil baligh dah
boleh kahwin. Bukan sahaja diukur oleh badan yang sihat, pendapatan yang
cukup, tapi yang penting kematangan diri... Ertinya, seseorang yang nak
kahwin mesti dah mula dapat berfikir dengan baik, dah boleh sedikit
sebanyak kawal perasaan, dan jiwa tu sikit-sikit dah agak tenang."
Saya menung panjang. Tertikam di sudut hati petanyaan, sudahkah saya
matang sewaktu mula berkahwin dahulu? 

"Jangan menung... Tuk cuma kata, dah sedikit sebanyak matang. Tak payah
tunggu matang betul... nanti tak kahwin pula!" usik Tuk seperti dapat
membaca fikiran saya. Walau tanpa ijazah, Tuk sebenarnya sedang
menjelaskan asas kebahagiaan rumah tangga yang kadang kala tidak dapat
ditimba di mana-mana menara gading.
"Macam mana nak matang?" tanya saya perlahan. Malu rasanya untuk
diajukan soalan sedemikian di usia 40-an ini. Terasa terlambat!
"Tentulah dengan ilmu. Dulu Tuk dan kawan-kawan... umur sebelas tahun
dah khatam Quran. Dah selesai belajar ilmu fardu ain. Rukun, sah, batal
dan lain-lain ilmu asas dah OK. Bila sudah baligh buka kitab Muhimmah,
baik lelaki, baik perempuan. Dah diterangkan tanggung jawab suami,
isteri dan asas-asas kerukunan rumah tangga." 

"Itu sahaja? Ilmu lain?" soal saya pendek. 
"Eh, perlu. Mesti ada ilmu untuk cari rezeki. Yang otak baik, jadilah
guru, pegawai kerajaan... ikut keadaan zaman tulah. Tuk ni tak nasib
baik... kerja kampung sahaja, guna tulang empat kerat, buka tanah.
Itulah dusun yang Tuk kutip hasilnya sampai sekarang ni... "
"Tapi sekarang Tuk dah senang. Dengarnya dah dua kali naik haji." 
"Tak senang. Tapi mudah-mudahan... tenang. Tulah doa Tuk, biar hidup
kita tenang." 

"Agaknya sebab kurang matang nilah orang sekarang kahwin lambat?" cuit
saya, kembali ke tajuk asal. 
"Ni agak Tuklah. Budak sekarang tak macam dulu. Mereka ni macam lambat
matang. Kalau dulu umur 13 dah boleh pikul tugas. Dah berdikari, dah
boleh harap jaga emak bapak. Setakat jadi imam dan baca berzanji tu
lancar... tapi sekarang lain, umur dah 23 tahun pun masih bergantung
kepada emak bapak. Nak jadi imam? Jauh sekali."
Terbayang kekesalan di wajahnya. Dia menyambung, "Sekali tu Tuk tengok
betul-betul dengan mata kepala ni macam mana seorang bakal pengantin
tersekat-sekat mengucap kalimah syahadah depan tuk kadhi. Bila tanya
rukun sembahyang, geleng kepala. Yang dihafalnya rukun nikah saja... " 

"Kalau macam tu macam mana?" 
"Baik tak usah kahwin. Macam mana dia nak pimpin isteri dan anak-anaknya
nanti? Tu baru ilmu yang paling asas, belum lagi ilmu... apa orang
kata... ... parenting skill." 
"Tuk pun tahu parenting skill?" 
"Sekarang ni macam-macam sumber ilmu ada. Di radio, tv, ceramah,
buku-buku... ah, macam-macam."
"Tapi Tuk, kalau tak kahwin pun susah juga... Nanti terjebak dengan
maksiat," kilas saya.
"Tulah, ajaran Islam ni macam mata rantai. Lepas satu disambung satu.
Bermula dengan yang paling utama, diikuti yang kedua, ketiga dan
seterusnya... Ilmu tauhid, fekah dan akhlak perlu diasak di awal usia.
Diiring ilmu akademik. Jadi, bila dah nak kahwin nanti, ilmu tu semua
dah ada. Persediaan agama ada, persediaan material ada."

"Macam mana kalau ada yang lambat-lambatkan kahwin kerana katanya belum
bersedia, dari segi material dan agama?"
"Apapun biarlah berpada-pada. Kalau nak diikutkan ilmu agama... sampai
mati pun tak akan habis dituntut. Cukuplah sekadar keperluan dulu dan
tambah lagi selepas kahwin. Begitu juga soal material, soal kerja,
profesion... Ni pun tak akan habis-habis. Ukurlah ikut keperluan dan
kemampuan diri. Jangan sampai terlanjut usia sudahlah. Jangan nanti ilmu
ada, matang ada, duit ada, calon pulak tak ada... "
"Tuk lihat macam mana keadaan anak muda masa kini?" terluncur soalan
yang berbau akademik tanpa saya sedari. 

"Akibat tak ikut tertib dalam menghayati ajaran Islam, keadaan jadi agak
lintang-pukang sekarang. Yang berkat jadi mudarat. Tak dikahwinkan,
membuat maksiat. Bila dikahwinkan, tak bertanggungjawab."
"Antara dua keadaan ni... yang mana patut kita pilih?"
"Perlukah kita buat pilihan? Pada Tuk... pilihlah keadaan yang tidak
memaksa kita membuat pilihan!"
Saya terdiam. Kagum. Kata-kata tersirat itu boleh mengundang seribu
wacana para sarjana!

Monday, July 16, 2012

cerita cinta kita


'Kami tidak berzina !'

'Maaf saya tidak menuduh awak berzina ,tetapi awak menghampiri zina.'

'Kami hanya barbual-bual, berbincang,. Bertanya khabar, minum-minum di kafe. Adakah itu menghampiri zina?'

'Ya,perbuatan itu boleh menjerumuskan pelakunya ke lembah penzinaan.'

'Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.'

'Hari ini ya.Esok mungkin kamu kecundang.Iblis akan memerangkap kamu.Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama,Adam dan Hawa. Iblis amat licik. Ingat ,pesanan Rasulullah :Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya ,syaitan (Tabrani) .Kita lemah menghadapi tipu daya Iblis.'



#Tidak semestinya semua orang bercinta* menjurus kepada penzinaan. Ada yang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tidak pernah bersua muka pun!

Betul .Tetapi itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang
pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan pasti bergelora,lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja.Percayalah, ia akan berlanjutan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya?

#Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina ke?

Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi. Zina hati iaitu dengan khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah: Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya menuju ke tempat pertemuan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman (muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita melalui mana-mana jalan perzinaan.

#Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!*(bagi kes belajar berdua-duaan SAHAJA)*

Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di dalam hati hamba- hambaNya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati oleh Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup di dunia tidak bahagia,akhirat lagi lah. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni akan ditulis oleh malaikat Raqib dan Atid.

#Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni StudyGroup.(bagi kes berdua-duaan SAHAJA)

Study Group...? nampak lain macam saja, manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi.Takkan study group berdua sahaja? Kemana-manapun berdua. Kalau ye pun, carilah group study ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni...betul ke bincang pelajaran?
Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu... banyak masa dihabiskan dengan
fantasi cinta!

#Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.

Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang
sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan menafikan fitrah
manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.

#Kami berdua sama-sama belajar, study group*, saling memberi semangat dan motivasi.

Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang
boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis kita. Ingat, banyak orang cemerlang yang
belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan
rahmat pula.



#Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta? Adakah
Islam membunuh terus naluri cinta?

Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan dating membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tudukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya.Jangan jadi malaikat! Kerana Allah jadikan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri atau nafsu.

#Tentu ada cinta secara Islam.

Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas
kahwin. Itulah cinta sacral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik. Sabda Rasulullah : Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah. (Ibnu Majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia telalu mulia.

#Kalau begitu, cinta* remaja semua menghampiri kepada penzinaan?

Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua.Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap.Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam bukankah mereka semakin hampir dengan penzinaan? Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!

#Masih ramai orang yang bercinta* tetapi tetap selamat tidak sampai berzina. Kami tahan diuji.

Allah yang menciptakan manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauhi perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang.

#Jadi manusia itu tidak tahan diuji?

Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan manusia. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia.Allah tegah Adam dan Hawa supaya tidak memakan buah khuldi dalam syurga. Buah yang lain boleh makan. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tidak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan kepada Adam dan Hawa, jangan menghampiri pokok khuldi itu. Firman Allah:
Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa yang kamu sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini. (jika kamu menghampirinya) maka kamu adalah orang-orang yang zalim (al-Araf:19) Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Jika menghampiri perkara tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Demikianlah  dengan zina. Ditegah berzina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan zina, kedua-duanya akan kecundang.Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.




#Tetapi cinta selepas kahwin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta
adalah untuk mengenal hati budi pasangan sebelum buat keputusan berkahwin.

Bolehkah percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing- masing akan berlakon dengan watak terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai-bagai lagi. Masa bercinta merajuk ada yang pujuk. Jangan harap lepas kahwin, bila merajuk akan ada yang pujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang, penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat sampai berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat lima minit, dah kena tengking. Jadi, perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan atau hipokrit.

#Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nanti.

Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambaNya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu, jika jalan mencapai kebahagiaan itu tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan bercinta begini, Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah mula sudahpun canggung, bagaimana kesudahannya?

#Tanya sikit,.. adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? Ganti bercinta

Semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan.Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya adalah sama. Adik angkat, kakak angkat, abang angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dengan budaya angkat ini sebenarnya telah masuk dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan. Namakan apa nama sekalipun, abang angkat ke, motivator ke, semuanya adalah sama. Jalan akhirnya akan bertemu dengan zina.

#Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri?

Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta manusia.Orang yang sedang mabuk bercinta akan mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan maruah dirinya. Manakala, bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan oleh Allah.

#Adakah orang yang bercinta* hilang maruah?

Antara kemulian manusia adalah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka menghampiri perzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina. Allah berfirman: Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula tidak ingin berkahwin dengan melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.
(Surah An-Nur: 3) Jadi, orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang
yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan.

#Jadi orang yang bercinta* hanya layak berkahwindengan orang yang pernah bercinta* juga?

Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.
Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.

#Kami telah berjanji sehidup semati

Apa ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.

#Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab.

Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil seseorang wanita sebagai
isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak- anaknya, dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.

#Jadi, perempuan yang bercinta*, jatuh maruahnya pada pandangan lelaki? *(tidak mengikut syariat)

Tentu. Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang yang second hand sedangkan barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakkan di bilik pameran sahaja.Tapi ada orang yang boleh test drive. Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung, bawalah ke hulu, ke hilir. Sedihkan. Itulah hakikatnya.



# Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini?

Ya, masih ada orang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah: Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya dari melakukan zina)... Allah telah menyediakan bagi mereka segala keampunan dan
pahala yang besar. (Surah Al-Ahzab: 35)

#Bagaimana kami?

Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan  dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redhaNya.

#Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkanlah bagaimana taubat nasuha.

Taubat yang murni. Taubat yang sebenar- benarnya. Taubat yang memenuhi tiga syarat:Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini. Menyesal. Menginsafi diri diatas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan. Berazam. Bertekad didalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami .Saatnya adalah selepas ijab kabul.

Ya Allah. Hambamu ini telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hambamu ini. Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan penerima taubat . Berilah kekuatan kepadakuuntuk menghadapi godaan keremajaan ini.Anugerahkan kepadaku perasaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa . Engkau jaga diriku sedari kecil dengan kasih sayang. Mengapaku curahkan kasih itu kepada orang lain. Oh Tuhan, hambamu ini berdosa Amin , yarabbal alamin.

Moga Allah terima taubat mu.

Kita berpisah kerana Allah , kalau ada jodoh ,tidak kemana!

YaAllah bantulah mereka .Kini mereka datang kepintuMu mencari redha-Mu. Terimalah taubat mereka.



# maaf,, entry terlalu panjang. (^_^)

Thursday, July 12, 2012

3 soalan


      Ada seorang pemuda yang lama sekolah di negeri Syam kembali ke tanah air. Sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang Guru agama, siapapun yang boleh menjawab 3 pertanyaannya. Akhirnya Orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut.
“Anda siapa? Dan apakah boleh anda menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?” Pemuda bertanya. “Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan saudara.” Jawab Guru Agama. “Anda yakin? sedang Profesor dan banyak orang pintar saja tidak mampu menjawab pertanyaan saya.” Jawab Guru Agama “Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya”
Pemuda : “Saya punya 3 pertanyaan
1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukan kewujudan Tuhan kepada saya
2. Apakah yang dinamakan takdir
3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab mereka memiliki unsur yang sama.
Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?”
Tiba-tiba Guru Agama tersebut menampar pipi si Pemuda dengan keras. Sambil menahan kesakitan pemuda berkata “Kenapa anda marah kepada saya?” Jawab Guru Agama “Saya tidak marah… Tamparan itu adalah jawapan saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya”.
“Saya sungguh-sungguh tidak faham”, kata pemuda itu. Guru Agama bertanya “Bagaimana rasanya tamparan saya?”. “Tentu saja saya merasakan sakit”, jawab beliau. Guru Agama bertanya ” Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?”. Pemuda itu mengangguk tanda percaya. Guru Agama bertanya lagi, “Tunjukan pada saya wujud sakit itu!” “ Tak boleh”, jawap pemuda. “Itulah jawapan pertanyaan pertama: kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.” Terang Guru Agama.
Guru Agama bertanya lagi, “Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?”. “Tidak” jawab pemuda. “Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?” “Tidak” jawab pemuda. “Itulah yang dinamakan Takdir” Terang Guru Agama.
Guru Agama bertanya lagi, “Diperbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?”. “kulit”. Jawab pemuda. “Pipi anda diperbuat dari apa?” “ Kulit “ Jawab pemuda. “Bagaimana rasanya tamparan saya?”. “Sakit.” Jawab pemuda. “Walaupun Syaitan terbuat dari api dan Neraka terbuat dari api, jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan menjadi tempat menyakitkan untuk syaitan.” Terang Guru Agama.





* Subhanallah. maha suci ALLAH. ALLAH memang hebat, tak perlu jauh-jauh carik kehebata-NYA. lihat diri kita, dari apa manusia diciptakan pada mulanya? kita bernafas, kita hirup udara, kita dapat lelapkan mata pada malam hari dan pada esok harinya kita bangun semula dengan keadaan yang sama, tanpa cacat cela.semuanya atas kuasa ALLAH. bayangkan saja, bila ALLAH tarik nikmat oksigen dekat dunia ni. boleh ke kita bernafas?. boleh ke kita hirup udara?. ~fikirkan. selamat beramal!



IKHLAS KAH KITA DALAM PERSAHABATAN…

Mengukur nilai persahabatan nampak mudah tetapi hakikatnya ia bukanlah boleh dilakukan sehari dua. Maklumlah hati manusia berubah – ubah. Hari ini dia memang kawan kita kerana mungkin sependapat, banyak persamaan , minat pun sama tetapi bila sudah lama kenal baru tersua cacat cela

.

Ditakdirkan kawan yang selama ini kita anggap sangat memahami tetapi tiba tiba berubah sikap kerana sikap kita yang kurang menyenangkan hatinya, sanggupkah melerai ikatan persahabatan dek kesilapan yang kadangkala cuma remeh-temeh?

Adakah kerana menyedari bahawa kawan kita pula punya kekurangan yang kadangkala sukar diterima akal, haruskah kita menjauhkan diri darinya. Adakah persahabatan itu hanya boleh dibina semata mata kerana kita sekepala.

Sebelum menilai sejauh mana kawan yang selama ini di anggap kawankita itu benar-benar jujur dalam persahabatan, tanyalah diri sejauh mana kita ikhlas bersahabat dengan orang lain.Jika kita memang benar2 ikhlas berkawan tetapi kawan kita pula tak tahu menhargai keikhlasan kita, memanglah hati pedih terasa.

Tetapi sekurang kurangnya kita taklah mencemarkan nilai persahabatan dengan menguburkan persahabatan yang dibina sekian lama semata mata silap teman yang mungkin tak sebesar mana.
Ikhlasnya persahabatan tak ternilai dengan benda termahal sekali pun di dunia ini….dan percayalah erti persahatan yang paling bermakna akan hanya terbina atas keikhlasan yang tak berbelah bagi..
Jangan hanya setakat tahu berkata kata bila berkawan kerana kata kata takkan bermakna jika dibiarkan kata kata itu begitu sahaja..tanya hati dan diri masing masing..adakah kita ikhlas bila berkawan atau kawan hanyalah dipanggil kawan sahaja…



* semoga bermanfaat. (^_^)