Thursday, October 27, 2011

Sejauh mana fahamya kita ttg Islam?

Adakah kita meletakkan koleksi firman Allah y tercetak dlm Al-Quran sbg kata2 hikmah semata? menjadi penghias laman blog, facebook, dinding rumah dalil kata semata2 tanpa kita terap habis pelajaran dan pengajaran berguna dari kandungannya sebagaimana Rasulullah saw perkata dan pertunjuk menerusi tingkah & akhlak.
kita lah manusia y rugi, sgt rugi.

Lihat pelaku A: dia solat,  tidak menampakan ciri fizikal seorang muslim (faham islam sipi2 shj) ttp tidak suka membuang masa, dia suka beraktiviti di luar selama berhari @ berminggu2.
Lihat pelaku B: solat, menampakan ciri fizikal seorang muslim, tahu dan agak faham.

:::Malangya pelaku B y tahu isi & perintah Allah & Rasul Wal Asr, demi masa sesungghunya manusia terbiar, melainkan y beriman dan beramal soleh, ttp pelaku itu lah juga y sendiri mengkhianati perintah itu, bukan kita seorang y fasik?
fikir2, kita belum cukup 'print' dari apa suruhan Al-Quran. Sedangkan pelaku A y tidak ciri fizikal seorang muslim telah menegakkan prinsip islam dan menerapkan sebahagian pelajaran al-Quran itu dalam dirinya. kita adalah y sebaliknya si pelaku B! maaf mungkin penulis agak bias, seolah2 menyokong pelaku A ttp inilah ibrah buat semua.

Sejau mana kita men'copy' & m'paste' makna al-quran dalam peribadi, jgn sekadar tinggalkan 'fingerprint' di cover al-quran. 
Semoga kita menjadi hamba y selalu bermuhasabah dan memberi nila tambah buat kita y selalu daif di sisiNya.
glitter-graphics.com

Tuesday, October 25, 2011

Pahlawan Neraka



Kawan-kawan dan sahabat-sahabatku,janganlah kita berjuang atas niat yang lain selain berjuang kerana Allah s.w.t. dan ingin menegakkan agamanya iaitu Islam.


Suatu hari satu pertempuran telah berlaku di antara pihak Islam dengan pihak Musyrik. Kedua-dua belah pihak berjuang dengan hebat untuk mengalahkan antara satu sama lain. Tiba saat pertempuran itu diberhentikan seketika dan kedua-dua pihak pulang ke markas masing-masing. Di sana Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat telah berkumpul membincangkan tentang pertempuran yang telah berlaku itu. Peristiwa yang baru mereka alami itu masih terbayang-bayang di ruang mata. Dalam perbincangan itu, mereka begitu kagum dengan salah seorang dari sahabat mereka iaitu, Qotzman. Semasa bertempur dengan musuh, dia kelihatan seperti seekor singa yang lapar membaham mangsanya. Dengan keberaniannya itu, dia telah menjadi buah mulut ketika itu.

                        "Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman," kata salah seorang sahabat. Mendengar perkataan itu, Rasulullah s.a.w. pun menjawab, "Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk neraka." Para sahabat menjadi hairan mendengar jawapan Rasulullah s.a.w. itu. Bagaimana seorang yang telah berjuang dengan begitu gagah menegakkan Islam boleh masuk dalam neraka. Para sahabat berpandangan antara satu sama lain apabila mendengar jawapan Rasulullah s.a.w. itu. Rasulullah s.a.w. sedar para sahabatnya tidak begitu percaya dengan ceritanya, lantas Baginda s.a.w. berkata, "Semasa Qotzman dan Aktsam keluar ke medan perang bersama-sama, Qotzman telah mengalami luka parah akibat ditikam oleh pihak musuh. Badannya dipenuhi dengan darah. Dengan segera Qotzman meletakkan pedangnya ke atas tanah, manakala mata pedang itu pula dihadapkan ke dadanya. Lalu dia terus membenamkan mata pedang itu ke dalam dadanya."

                        "Dia melakukan perbuatan itu adalah kerana dia tidak tahan menanggung kesakitan akibat dari luka yang dialaminya. Akhirnya dia mati bukan kerana berlawan dengan musuhnya, tetapi membunuh dirinya sendiri. Melihatkan keadaannya yang parah, ramai orang menyangka yang dia akan masuk syurga. Tetapi dia telah menunjukkan dirinya sebagai penduduk neraka." Menurut Rasulullah s.a.w. lagi, sebelum dia mati, Qotzman ada mengatakan, katanya, "Demi Allah aku berperang bukan kerana agama tetapi hanya sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak dihancurkan oleh kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku. Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan berperang."

Riwayat ini telah dirawikan oleh Luqman Hakim.