Sunday, June 19, 2011

Bingkisan KRIS 2011

Peserta di denda akibat mengabaikan amanah mereka...
 Ready! Set! Catch!
 Wow! Kecil mengejar yang besar,jarang dapat di lihat di dunia realiti.
 Opss!! terjatuh la pulak...
 Mangsa(yg terjatuh): Help me!, Pemangsa: I got you now...
 Kejar jgn tak kejar..
 Wah! sempat bermesra lagi time org lain berlari..=) utk pengetahuan,kedua-dua peserta ini bertembung ketika sedang asyik berkejar-kejaran.
mana satu pemangsa,mana satu mangsa ni? =)

Ini antara bingkisan yang dpt saya upload. Buat Muslimat pula, maaf tetapi gambar-gambar anda tidak dapat saya upload(melainkan yang terpilih) sebab kamu adalah sebaik-baik hiasan dunia dan insyaAllah kami akan cuba jaga sebaik mungkin.

Cinta Rasulullah s.a.w. kepada umatnya


Nabi Muhammad s.a.w. adalah manusia agung yg ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman. Semulia-mulia insan di dunia untuk mengingatkan kita. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar suara seorang yang berseru mengucapkan salam."Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya kepada Fatimah, "siapakah itu wahai anakku?". "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang sangat mengetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikat maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibrail tidak ikut bersama menyertainya. kemudian dipanggillah Jibrail yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibrail, jelaskan apa hakku nanti dihadapan Allah?" Tanya Rasulullah dengan suara yang sangat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibrail. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" tanya Jibrail lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi sesiapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya, " kata Jibrail. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan-lahan roh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah disimbah peluh, urat-urat lehernya menegang."Jibrail, betapa sakit sakaratul maut ini."

Perlahan-lahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya tertunduk semakin dalam dan Jibrail memaling muka. "Jijikkah kau melihatku,hingga kau palingkan wajahmu Jibrail?" Tanya Rasulullah pada malaikat penghantar wahyu itu."Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direntap ajalnya," kata Jibrail. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengerang kesakitan, kerana sakitnya tidak tertahan lagi. "Ya Allah,dahsyatnya rasa maut ini, timpakan saja semua seksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku." Badan Rasulullah mula dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uusiikum bis-salaati, wamaa malakat aimaanukum- peliharalah solat dan peliharalah orang-orang yang lemah di antaramu." Di luar pintu, tangisan mula terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mula kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii!" - "Umatku, umatku, umatku" dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberikan sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma solli 'alaa Muhammad wa'alaihi wasahbihi wasallim. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita...

Saturday, June 18, 2011

Berbaktilah kepada Ibubapa

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah s.w.t. Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah s.w.t.. Nabi Musa sering bertanya dan Allah s.w.t. akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah s.w.t.. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?". Allah s.w.t pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

                        Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.

                        Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik. Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.

                        "Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah s.w.t. telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah s.w.t. itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah s.w.t.. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.

                        "Setiap hari aku berdoa kepada Allah s.w.t. agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah s.w.t. menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah s.w.t. masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi. Maka ketika itu juga Allah s.w.t. menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."

                        Allah s.w.t. juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga." Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.

                        Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah s.w.t. supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah s.w.t. Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.

                        Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah s.w.t.

Thursday, June 16, 2011

LAWAK LAWAK



Tolonglah ambil masa 2 minit untuk membaca ini....
lebih dua minit tu bukan membaca la tu..tapi mengeja.. ;-)

Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...


Bayangkan benda ini berlaku pada anda.....
Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah...
tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnya dengan pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun...
Lalu salah seorang lelaki tu bertempik

"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu..!"
Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu untuk menyelamatkan diri....
daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman tu...

Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata:
"Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat"....
Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah....

Macammana..?Adakah anda rasa lawak dengan cerita di atas? selain terhibur anda fikirlahlah...
" Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam, hanya 20 yg betul-betul beriman... "
" Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi sekarang.. amat lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yang dia tak sembahyang jumaat lagi..."
"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka dengan orang kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bila time sembahyang raya..."
"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang ditulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran"
"Lawak kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"
"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berjam-jam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai.. tak cukup masa..
Wallahualam..

Moga bermanfaat