Thursday, February 25, 2010

MEKAR (Menggarap Kasih RasuluLlah)



Memperingati kelahiran Rasulullah (s.a.w) akan membuatkan hati kita tergerak untuk berselawat keatas Nabi (s.a.w) dan memuji baginda yang merupakan satu perkara yang diarahkan oleh Allah di dalam ayat,

"Sesungguhnya Allah dan para Malaikat berselawat keatas Nabi, wahai orang-orang yang beriman ! berselawatlah kamu dan berilah salam keatasnya" (Al-Ahzab:56). Berkumpul beramai-ramai dan mengingati Nabi (s.a.w) akan membuat kita mudah untuk mendoakan baginda serta berselawat dan memuji-muji baginda. Siapakah yang berhak untuk menghalang apa yang telah Allah perintahkan di dalam Al-Quran? Pahala dan manfaat serta cahaya yang Allah berikan kepada hati kita kerana mematuhi perintahnya, tidak dapat diukur. Suruhan itu pula dinyatakan dalam keadaan jamak (ramai - 'plural') didalam kaedah nahu bahasa Arab (sila rujuk ayat al-Quran) : Allah dan MalaikatNya berselawat dan memuji Nabi - didalam satu perkumpulan yang ramai. Adalah tidak benar sama sekali untuk menyatakan bahawa selawat keatas Nabi (s.a.w) hanya boleh/perlu dilakukan secara bersendirian.

Tuesday, February 23, 2010

Rehlah PERPPIS Lahad Datu..



Assalamulaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam wasilah ukhuwafillah buat muslimin dan muslimat yang mendapat barakah Allah s.w.t. Alhamdulillah pada 4 Rabiulawal 1431 Hijrah bersamaan 18 Februari 2010 yang lalu program Rehlah dengan tema 'Ingat 5 sebelum 5' di bawah kelolaan Lajnah Kebudayaan dan Rekreasi (LKR)usai dengan jayanya. Rehlah ini direncanakan bertujuan untuk merapatkan ukhuwah dalam kalanagan ahli disamping mengamalkan gaya hidup yang sihat mengikut tatacara islam bagi menunjukkan bahawa agama islam itu adalah syumul yang merangkumi segala aspek kehidupan termasuklah beriadah. Program ini bermula pada pukul 8 pagi dimulakan dengan senaman ringan sambil berzikir.Kemudian, sesi pertama Rehlah ialah aktiviti sukaneka antaranya "sebatu sebata", "meletop", "jantung berair", "semakin jauh semakin sayang" dan "pijak belon". seterusnya, sesi kedua Rehlah dijalankan yang berkonsepkan info+race ataupun dikenali sebagai "x-Plorasi Iman" yang terdiri daripada 5 buah maatoh. Selepas itu, program menutup tirainya pada pukul 12.30 tengahari. Apapun kami daripada pihak Tanzim PERPPIS LD 1431H mengucapkan syabas dan syukran atas usaha murni setiap ahli yang datang sambil membawa bekalan makanan masing-masing lagi tu.. terharunyaaa.. moga Allah dapat memurahkan rezeki kita semua..Aminn.. baiklah sampai sini sahaja untuk ruangan lajnah LKR dengan merendah hati memohon maaf sekiranya terdapat cacat cela sepanjang program Rehlah berlansung tempoh hari.
P/S : Jangan lupa datang ke qiam Rabiulawal ni k..

Sunday, February 14, 2010

Friday, February 12, 2010

CAHAYA KEINSAFAN




CAHAYA KEINSAFAN
Kehidupan ini umpama pentas dunia
Setiap pelakon memegang watak yang berbeza
Amal kebaikan menuju ke syurga
Amal kejahatan menuju ke neraka


Dalam aku melangkah
Aku tersesat umpama air di lautan
Aku tertipu dengan dunia yang tak akan kekal abadi
Aku binasa dengan kesalahan yang aku lakukan

Saat aku melangkah kearah kebaikan
Saat itulah bisikan-bisikan halus mengganggu fikiran
Aku tergoda dan terpedaya dengan pujuk rayuan
Akhirnya aku tersasar jauh tanpa arah tujuan

Kini
Baru ku sedar akan kesilapan ku
Dunia ini bukalah milik ku
Dunia ini bukanlah harta ku
Dan
Dunia ini bukanlah jiwa ku

Lantaran itu lilin keinsafan aku nyalakan
Sejadah keimanan aku bentangkan
Cahaya ketakwaan aku amalkan
Kesabaran beribadah aku perintahkan

Kuserahkan diriku kapadaNya
Hatta mati dan Hidup hanya untukNya
Ku tadahkan tangan memohon keampunan dariNya
Semoga masih ada sinar keinsafan untuk ku dari
RahmatNya

Wahai tuhan ku Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Dan
Aku hina tanpa rahmatMu.


Friday, February 5, 2010

Taubat Maksiat

Dengarlah hai sahabat
Saat kau maksiat
Dan kau bayangkan ajal mendekat
Apakan kau buat
Kau takkan selamat
Pasti dirimu habis dan tamat

Bukan ku seorang taat
Sebelum terlambat
Ayuh sama-sama kita taubat
Dunia sesaat awas kau tersesat
Ingatlah masih ada akhirat
Astaghfirullah’azim

Ingat mati ingat sakit
Ingatlah saat kau sulit
Ingat-ingat hidup cuma sekali
Berapa dosa kau buat?
Berapa kali maksiat?
Ingat-ingat sahabat, ingatlah akhirat
Cepat ucap Astaghfirullah’azim

Pandanglah ke sana
Lihat yang di sana
Mereka yang terbaring di tanah
Bukankah mereka pernah hidup jua
Kita pun akan menyusul mereka
Astaghfirullah’azim

Monday, February 1, 2010

Amir PERPPIS LD 1431H

Tamrin Qiyadi 1431H

TAMRIN QIYADI SAFF 1431H

alahai wanita bertudung!

KEAJAIBAN KETIKA SUJUD



Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Dia adalah seorang doktor neurologi.

Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui Al-Qur'an". Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainya.

Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah. Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.

Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan sembahyang. Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam. Begitulah keagungan ciptaan Allah.

Jadi barang siapa yang tidak menunaikan sembahyang, akan otaknya tidak akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal.

Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.

Kesimpulannya: Makhluk Allah yang bergelar manusia yang tidak bersembahyang, apatah lagi yang tidak beragama Islam, walau pun akal mereka berfungsi dengan secara normal tetapi sebenarnya dalam sesuatu keadaan mereka akan kehilangan pertimbangan dalam membuat keputusan yang normal. Justeru itu, tidak hairanlah jika manusia ini kadang kala tidak segan silu untuk melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan fitrah kejadiannya, walau pun akal mereka mengetahui bahawa perkara yang akan dilakukan itu adalah bersalahan dengan kehendak mereka. Inilah adalah kesan daripada ketidakupayaan otak mereka untuk mempertimbangkan akan perbuatan mereka itu secara lebih normal. Maka dengan itu tidak hairanlah timbulnya bermacam-macam gejala-gejala sosial masyarakat masakini.

Dari itu, marilah kita bersama-sama mengambil ikhtibar daripada kisah di atas. Ambillah Islam secara menyeluruh dan bukannya secara berdikit-dikit. "