Monday, September 9, 2013

Tips untuk hindari dari tekanan

1. Biasakan diri dalam keadaaan berwudhu'
Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wudhu' sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wudhu' sebelum mengulangkaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah di ingat.

2. Perbanyakkan membaca Al-Quran
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas sholat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.



3. Banyakkan sholat sunat
Sebagai makhluk paling mulia disisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan sholat sunat hajat, sholat sunat taubat, sholat sunat dhuha, adalah antara pelbagai sholat sunat yang terdapat dalam islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan sholat-sholat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

4. Selalu berdoa kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripadaNya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya pada Allah yang maha esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. In Shaa Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hambaNya yang benar-benar ikhlas. Nanum kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang esa.

5. Bersangka baik kepada Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkanNya jika terjadi sesuatau keatas diri kita. Kita juga mesti peracaya bahawa tentu ada hikmah disebalik kejadian itu.