Wednesday, September 28, 2011

Inilah Bahagia...


  • Daripada Shuhaib r.a, sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud : " Sungguh menakjubkan urusan orang Mukmin. Sesungguhnya semua urusannya adalah kebaikan. Apabila mendapat nikmat, maka dia bersyukur dan itu kebaikan baginya. Dan apabila ditimpa ujian (kesempitan), maka dia bersabar dan itu kebaikan baginya." (Riwayat Muslim dalam al-Zuhud,no.8, halaman 125)
  • Yahya bin Khalid al-Barmaky, seorang menteri yang masyur pada zaman Bani Abbasiyah, ditanya: "Apakah yang dimaksudkan dengan bahagia, wahai tuan?". Jawabnya: "sentosa perangai, kuat ingatan, bijaksana akal, tenang dan sabar menuju maksud."
  • Seorang penyair yang bernama Hutai'ah berkata: "menurut pendapatku, bukanlah kebahagiaan itu pada mengumpul harta benda tetapi takwa kepada Allah itulah bahagia"
  • Ibn Khaldun berpendapat: "Bahagia itu ialah tunduk dan patuh mengikut garis-garis yang ditentukan Allah dan berperikemanusiaan."
  • Ibn Mas'ud r.a. apabila ditanya: "Apakah engkau bersedih kerana kehilangan sebelah kakimu?". Beliau menjawab: "Bukankah Allah telah meninggalkan untukku yang sebelah lagi?"


Benarkan kebahagiaan itu adalah kepuasan pada hati? Bukankah manusia itu tidak akan pernah puas? Selagi mana ia berada di dunia, ia pasti berhadapan dengan kekurangan dan ketidaksempurnaan. Nafsu manusia tidak pernah pudar, malah semaking ingin mengejar kesempurnaan. Kurang popular, kurang kaya, kurang cantik, kurang sihat dan pelbagai tuntutan nafsunya lagi. Tidak akan ada penghujung kemahuan manusia.
     Selamilah dasar hati, percayalah bahawa sesungguhnya bahagia itu terikat pada hati yang mempunyai sifat reda dan tawakkal yang tinggi kepada Allah S.W.T.

No comments:

Post a Comment