Saturday, October 19, 2013

Barisan Pimpinan Terbaru sesi 2013/2014.

Mursyidul am : Mursidi Amat


Timbalan Presiden : Rusman Bin Haruna.

Setiausahah Muslimin : Akmal Daniel Rifqee Bin Jamaluddin.

Bendahari Muslimin : Mohd Ihzam Bin Bin Bestari.

Pengerusi HEPI : Florinda Majid.

Timbalan Pengerusi HEPI : Suhana Binti Mohd Taib.

Setiausaha Muslimat : Nurul Zulaikha Hasanuddin.

Bendahari Muslimat : Noor Maira Binti Ibni Hashim.

Pengerusi Lajnah Tarbiyah Dan Dakwah : Abdul Asbi Bin Amat.
Timb. Pengerusi Lajnah Tarbiyah dan Dakwah : Nur Aniah Binti Taupiang.

Pengerusi Lajnah Kepimpinan Dah Sahsiah : Asmizan Bin Alimuddin.
Timb. Pengerusi Lajnah Kepimpinan Dan Sahsiah : NurFhadilah Darlim 

Pengerusi Lajnah Penerbitan dan Informasi : Azlan Bin Husin.
Timb. Pengerusi Lajnah Penerbitan Dan Informasi : Isriani Binti Aripin .

Pengerusi Lajnah Keusahawanan dan Ekonomi : Mohd Rizan.
Timb. Pengerusi Lajnah Keusahawanan Dan Ekonomi : Nurhidayah Samsul.

Pengerusi Lajnah Tugas - Tugas Khas : Mohd Omar Bin Abdullah Sani
Timb. Penegrusi Lajnah Tugas - Tugas Khas : 1. Nurul Fitriah Binti Abdul Ham.
                                                             2. NurHafidah Binti Osman.

Monday, September 9, 2013

Tips untuk hindari dari tekanan

1. Biasakan diri dalam keadaaan berwudhu'
Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wudhu' sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wudhu' sebelum mengulangkaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah di ingat.

2. Perbanyakkan membaca Al-Quran
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas sholat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.



3. Banyakkan sholat sunat
Sebagai makhluk paling mulia disisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan sholat sunat hajat, sholat sunat taubat, sholat sunat dhuha, adalah antara pelbagai sholat sunat yang terdapat dalam islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan sholat-sholat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

4. Selalu berdoa kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripadaNya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya pada Allah yang maha esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. In Shaa Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hambaNya yang benar-benar ikhlas. Nanum kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang esa.

5. Bersangka baik kepada Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkanNya jika terjadi sesuatau keatas diri kita. Kita juga mesti peracaya bahawa tentu ada hikmah disebalik kejadian itu.

Saturday, June 15, 2013

Tanzim PerppisLD sesi 2013/2014

Mursyidul Am : Cgu. Mursidi Amat

Presiden : Marwan Bin Taupiang

Timbalan Presiden : Rusman Haruna

Setiausaha Muslimin : Akmal Daniel Rifqee Bin Jamaluddin

Bendahari Muslimin : Mohd Ihzzam Bistari

Pengerusi HEPI : Junaisah Binti Rosman

Timbalan Pengerusi HEPI : Siti Marlin Binti Salleh.

Setiausaha Muslimat : Nurul Zulaikha Hasanuddin

Bendahari Muslimat : Florinda Binti Majid

Pengerusi Lajnah Tarbiyah Dan Dakwah (LTD) : Asbi Amat

Timbalan Pengerusi Lajnah Tarbiyah Dan Dakwah (LTD) : Nur Aniah Taupiang.

Pengerusi Lajnah Kepimpinan dan siasah (LKS) : Asmizan Alimuddin.

Timbalan Pengerusi Lajnah Kepimpinan dan siasah (LKS) : Nur Fhadilah Darlim

Pengerusi Lajnah Penerbitan Dan Informasi (LPI) : Mohd Azlan Bin Hussin.

Timbalan Pengerusi Lajnah Penerbitan Dan Informasi (LPI) : Isriani Aripin.

Pengerusi Lajnah Keushawanan dan ekonomi (LKE) :  Mohd Rizan Bin Mohd Kamal.

Timbalan Pengerusi Lajnah Keusahawanan dan ekonomi (LKE) : Nur Hiadayah Binti Samsul.

Pengerusi Lajnah Tugas-Tugas Khas (LTK) : Muhammad Omar Bin Abdullah Sani

Timbalan Pengerusi Lajnah Tugas-Tugas Khas (LTK) : 1) Noor Maira Binti Ibni Hashim.

                                                                                    2) Nurul Fitriah Binti Abdul Ham.


Tuesday, January 15, 2013

Ingat Senang Jadi Lelaki?


Jadi lelaki tu mudah? Sebab apa? Mungkin persepsi umum mengenai lelaki yang menjadi ketua dalam banyak perkara. Contohnya seperti hal rumahtangga, di mana seorang lelaki yang bergelar suami. Ataupun dalam skop lebih besar lagi, bagaimana seorang lelaki majoritinya menjadi perdana menteri/presiden. Dalam ISLAM sendiri, lelaki adalah mereka yang telah dipilih oleh ALLAH untuk memimpin. Harus diingat kembali juga bagaimana Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasalam adalah seorang lelaki telah dipilih oleh ALLAH untuk menjadi penyelamat bagi seluruh umat manusia. Rasulullah adalah contoh tauladan yang sewajibnya menjadi ikutan bagi semua orang terutamanya kepada seorang lelaki.

Di dalam AL QURAN, ALLAH telahpun berfirman:

Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha tinggi, lagi Maha besar.  
(Surah an-Nisa’ ayat 34) 

Telah dinyatakan dengan jelas bahawa lelaki adalah mereka yang memimpin, kerana ALLAH telahpun memberikan lelaki beberapa keistimewaan lebih daripada perempuan. Menurut Dr Wahbah Al Zuhaili, antara sebab golongan lelaki dilebihkan berbanding wanita adalah kerana 2 perkara:-

1) Lelaki mempunyai jasad dan tubuh yang lebih kuat. 
2) Allah SWT memberikan kesempurnaan ciptaan, pemikiran yang tajam, kekuatan akal, perasaan yang sederhana kepada mereka. Kerana itulah lelaki mampu untuk memberikan pandangan yang tajam dan bernas. Kenabian dan Rasul juga dilantik dikalangan golongan lelaki kerana kelebihan tersebut. Mereka juga mampu untuk menjadi pemimpin, imam, qadi, dan sebagainya. Allah SWT juga menjadikan kuasa talak itu pada suami, mengharuskan seorang suami untuk berpoligami dan mengkhususkan golongan lelaki untuk menjadi saksi dalam kes-kes jenayah, hudud, mendapat bahagian yang lebih dalam harta perwarisan serta mendapat asobah dalam masalah faraid (pusaka).  

Menurut kata Imam Qurtubi pula, golongan lelaki dilebihkan oleh Allah SWT berbanding wanita dari segi nafkah, akal pemikiran, pewarisan dan mereka juga disyariatkan untuk keluar berperang serta melakukan amar makruf dan nahi mungkar melebihi berbanding golongan wanita. 

Memimpin bagi seorang lelaki tidak semestinya dia perlu menjadi seorang perdana menteri/presiden bagi sesebuah negara, atau menjadi ketua dalam sebuah organisasi ataupun menjadi suami dahulu baru boleh memimpin. Kenapa? Seorang lelaki secara automatiknya telahpun dipertanggungjawabkan terhadap empat wanita, iaitu:

1. Ibunya
2. Isterinya 
3. Anak perempuannya 
4. Saudara perempuannya


Tanggungjawab terhadap IBU
Tanggungjawab seorang anak lelaki terhadap ibunya adalah merupakan keutamaan dalam semua aspek. Contohnya, jika seorang lelaki yang telahpun berkahwin dan mempunyai ibu yang telahpun uzur, maka adalah menjadi kewajipan bagi si anak lelaki itu untuk membawa ibunya tinggal bersama-sama dengan isterinya. Dalam Hadith Sahih Bukhari, seorang lelaki bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w. maksudnya:
 “Siapakah yang perlu kita hormati dan kasihi selepas Allah dan Nabi?”Jawab Nabi “Ibu kamu”“Selepas itu?”- “Ibu kamu”“Selepas itu?”- “Ibu kamu” Kali ke 4 lelaki itu bertanya, “Selepas itu?”Jawab Nabi “Ayah kamu”

Begitulah tugas bagi seorang anak lelaki, wajib menjaga ibu & bapanya. Dan begitu tingginya darjat seorang ibu, sehingga disebut sebanyak tiga kali dalam hadith tersebut, memperlihatkan begitu pentingnya tugas seorang anak lelaki terutamanya untuk menjaga ibunya, apatah lagi bilamana si ibu tinggal bersendirian tanpa suami/ayah kerana telah meninggal dunia atau bercerai dan sebagainya. 
Mungkin kata-kata di bawah ini boleh memberikan kesedaran bagi seorang anak lelaki akan tanggungjawab mereka:

Seorang lelaki datang kepada Sayyidian Umar al-Khattab r.a dan berkata, "Saya telah mendokong ibu saya sepanjang tawaf dan haji, sudahkah saya dapat membalas jasa ibu." Jawab Umar r.a., " Kamu belum dapat membalas jasa ibumu walaupun setitis air mata ibumu semasa melahirkanmu."
Tambahan
Satu perkembangan yang tidak sihat dalam media massa hari ini, tatkala munculnya beberapa siri drama atau rancangan TV yang dilihat seolah-olah mengikis kefahaman golongan lelaki akan tanggungjawab mereka sebagai seorang anak. Lihat saja cerita-cerita yang mengisahkan hal percintaan, boleh saja seorang lelaki lebih mempercayai teman wanitanya berbanding ibunya. Lalu si lelaki itu pun pergi meninggalkan si ibu berseorangan, tanpa mengendahkan teguran si ibu ataupun mencari jalan penyelesaian bagi masalah yang mereka hadapi. 
Walaupun ianya cuma drama/rancangan TV, impak negatifnya dikhuatiri akan mempengaruhi penonton di dunia realiti. Watak-watak seorang ibu dalam rancangan seperti ini adalah lebih kepada watak jahat, yang menjadi pengacau dalam perhubungan cinta anak lelakinya. Jika ada pun rancangan yang membela nasib ibu, hanyalah sedikit sahaja jika dibandingkan dengan cerita-cerita cinta yang lain. Masalah!


Tanggungjawab Terhadap ISTERI
Seorang lelaki juga mestilah tahu, faham dan menjalankan tugas sebagai seorang suami dengan baik dan bijaksana, bukan setakat tahu kahwin saja! Lelaki sebagai seorang suami mestilah memberikan nafkah zahir dan batin terhadap anak dan isterinya. Nafkah zahir bermaksud menjaga kebajikan isterinya, memberikan makan dan minum serta tempat tinggal yang cukup selesa bagi mereka, selain menjadi teman si isteri ketika dia memerlukan selagi mana tidak ada tuntutan lain yang lebih memerlukan (sperti panggilan/seruan jihad). Nafkah batin pula adalah lebih kepada tugas seorang suami memberikan didikan agama kepada isteri, dengan mendidik dan mengajarnya untuk menjadi seorang isteri yang taat perintah ALLAH dan Rasul-NYA agar menjadi seorang isteri yang bertaqwa dan solehah. Selain itu, nafkah batin juga adalah bermaksud si suami mestilah memberikan yang terbaik dalam perhubungan mereka sebagai suami isteri, yang menepati fitrah kejadian manusia itu sendiri. Mungkin juga punya masa terluang, suami isteri boleh saja keluar untuk bersiar-siar ataupun bercuti/outing menikmati pemandangan alam sekitar secara bersama. Bukankah itu juga salah satu cara suami memberikan nafkah batin, yakni dengan memberikan keseronokkan pada isteri? Indahnya ISLAM

Tambahan
Bila menyentuh bab perkahwinan, suamilah adalah insan yang perlu mempunyai persediaan yang mantap bukan saja dari segi kewangan, bahkan agamanya mestilah mantap bagi memastikan kehidupan dalam alam perkahwinan tidaklah terumbang-ambing akibat perkara-perkara yang tidak munasabah. Lelaki bukan saja perlu tahu kahwin semta-mata, bahkan mestilah tahu akan tuntutan dalam perkahwinan itu sendiri. 
Selain itu, dalam perkahwinan juga suami mempunyai kuasa untuk memilih lebih dari seorang isteri. Dalam ISLAM, dibolehkan bagi sseorang lelaki berkahwin dengan empat orang wanita. Namun hakikatnya, poligami itu bukan sekadar memenuhi kuota untuk beristeri empat, akan tetapi poligami mestilah selaras dengan tuntutan syariat dan bukan untuk memuaskan nafsu semata-mata. Poligami masa kini sering disalahgunakan oleh sesetengah lelaki!


Tanggungjawab Terhadap Anak Perempuan
Bukanlah bermaksud seorang lelaki/bapa itu cuma bertanggungjawab terhadap anak perempuan sahaja, akan tetapi tanggungjawab seorang lelaki/bapa terhadap anak perempuannya adalah lebih sedikit berbanding anak lelakinya. Ini adalah kerana seorang anak perempuan dijaga oleh bapa bermula sejak dia lahir sehinggalah anaknya itu berkahwin kelak. Apa yang perlu dilakukan oleh seorang bapa, adalah dengan memastikan anaknya itu dijaga kebajikannya, didikan agama yang sempurna agar tidak hanyut dalam arus keduniaan (budaya-budaya yang bukan daripada ISLAM) dan menjafa aqidah serta akhlaknya dengan sebaik-baiknya. 
Tugas ini jugalah yang menjadi tugas kepada seorang suami setelah anak perempuan itu berkahwin kelak. Sebab itulah, bapa juga mesti mempunyai kebijaksanaan dalam menilai dan memilih siapa yang menjadi calon suami kepada anak perempuannya, dengan mengutama agama dalam pemilihannya itu.


Tanggungjawab Terhadap Saudara Perempuan
Selain ibu, isteri dan anak, lelaki juga mestilah bertanggungjawab terhadap saudara perempuannya. Saudara perempuan yang dimaksudkan adalah kakak, adik perempuan serta kaum kerabat yang lain seperti makcik dan anak saudara perempuan. Tanggungjawab ini adalah lebih kepada menjaga kehidupan mereka, iaitu dengan cara menjaga kebajikan (selagi tidak mempunyai kerja sendiri), selain daripada memberikan bimbingan serta nasihat dalam semua hal kehidupan mereka. Contohnya, jika saudara perempuan itu masih tidak menutup aurat dengan sempurna, maka adalah menjadi kewajipan bagi si lelaki itu untuk menasihati mereka. 


Menjadi seorang lelaki bukanlah mudah. Memang benar, lelaki boleh kahwin empat, menjadi ketua dalam semua hal pemerintahan dan kekeluargaan. Namun yang pasti, seorang lelaki tidak boleh sewenang-wenangnya menggunakan kelebihan yang mereka ada. Bukan mudah mau menjadi seorang lelaki, kerana tugas sebagai seorang lelaki begitu banyak. Sudahlah kena menjadi ketua keluarga, lain lagi tanggungjawab di luar sana. lelaki adalah insan yang tidak mempunyai pilihan, iaitu seorang manusia yang perlu belajar dan mendalami ilmu agama selain menjadi penyampai serta penyambung tugas-tugas Rasulullah iaitu menyampaikan dakwah ISLAMIAH kepada orang ramai. Dengan tugas sebagai seorang pendakwah yang memerlukan banyak masa di luar bagi membawa dan mengajak masyarakat mengenal ALLAH dan Rasulullah, dalam masa yang sama jugalah seorang lelaki itu juga perlu menjaga ibu, isteri (jika sudah berkahwin), anak serta saudara-saudara perempuan nya. Memang berat tugas seorang lelaki. 

Mungkin secara kasar, tugas seorang lelaki hanya menjadi bos sahaja. Apa tidaknya, lelaki bebas memilih mana perempuan/wanita yang dia inginkan. Walhal hakikatnya, kebebasan memilih mereka itu sewajarnya tidaklah disalahgunakan. Janganlah juga disalahkan kepada perempuan/wanita ini terlalu cerewet dalam memilih, kerana mereka adalah insan yang sewajarnya cerewet dalam memilih pasangan hidupnya. Mana tidaknya, seorang wanita bila telah sah bernikah, maka secara rasminya seluruh tanggungjawab yang selama ini ditanggung oleh bapanya kini diberikan kepada seorang lelaki yang bergelar suami, selain akan berkongsi segala-galanya dalam kehidupan mereka berdua. Sebab itulah perempuan tidak boleh tersalah pilihan. Dan lelaki mestilah menjadi pilihan terbaik agar dapat melahirkan generasi yang akan menjadi khairatul ummah. Moga kaum lelaki hari ini sedar akan tuntutan mereka sebagai seorang lelaki agar tidak menjadi lelaki yang dayus seperti yang disebutkan dalam hadith. Wallahualam.



credit to : abg nizam  (pengerusi tetap perppisld)

Sunday, January 13, 2013

Ilmuan Islam

Mungkin hanya sedikit dari kita pada masa ini yang mengetahui betapa besarnya sumbangan peradaban Islam pada kemodenan dunia dan Barat. Kemajuan Barat yang bermula dari zaman Renaissace serta Revolusi Industri tidak dapat lepas dari sumbangan orang muslim. Sejarah peradaban Islam selama 13 abad memang tidak banyak diterbitkan, bahkan tidak dijadikan sebahagian dari kurikulum pendidikan Islam kerana banyak kitab dan manuskrip kuno mengandungi sejarah Islam berada di negara Eropah dan Amerika. Banyak rujukan dan kitab para ilmuan muslim yang masih menjadi bahan rujukan bagi ilmuan barat sedangkan negara yang penduduknya kebanyakan Islam seperti "kehilangan jejak sejarahnya".

     Sains mendapat perhatian penting para ilmuan muslim pada era Khalifah Islam kerana kajian dalam bidang ini memiliki kegunaan dan manfaat yang amat tinggi. Sains terbukti mampu membantu dan memudahkan kehidupan manusia sehingga kini. Semasa pemerintahan Kerajaan Abbasiyah merupakan zaman perkembangan dan kebangkitan peradaban Islam dalam hampir semua bidang, termasuk bidang intelektual. Dalam masa yang singkat, para ilmuan dan cendekiawan muslim mampu membawa pembaharuan, perkembangan dan teori baru dalam pelbagai bidang ilmu seperti astronomi,matematik,geografi,perubatan,perubatan,fizik,kimia,botani dan lain-lain. Baghdad dan beberapa kota lain juga memiliki perpustakaan besar. Para ilmuan dan penulis amat dihormati semasa itu. Pada masa itulah juga, kota Baghdad pernah menjadi pusat kajian ilmu di mana para ilmuan dan cendekiawan berkumpul di sana, menyemarakkan setiap sudut kota dengan perbincangan ilmu pengetahuan.


   Para ilmuan muslim telah berjasa dalam meletakkan asas sains bagi generasi berikutnya. Dalam bidang perubatan, para ilmuan muslim telah berjaya memberikan sumbangan yang amat berharga melebihi kejayaan ilmu perubatan yunani. Di antara tokoh ilmu perubatan yang paling masyur adalah Ali At-Tabari, Al-Razi,Ali bin Abbas al Majusi dan Ibnu Sina. Dalam ilmu kimia, dunia mengenali nama Jabbir bin Hayyan, yang bahkan digelar Bapa Ilmu Kimia Islam. Jabbir menulis beberapa risalah mengenai ilmu kimia yang sehingga kini menjadi rujukan para pelajar kimia moden. Ilmuan muslim juga membuat penemuan terbesar pada masa itu dalam bidang astronomi. mereka mengemukakan teori tentang pergerakan sistem suria,planet, dan teori bentuk bumi. Dalam cabang ilmu matematik pula,ilmuan muslim memberikan sumbangan berharga seperti mengembangkan algebra, statistik dan matematik terapan lain. dan masih ramai tokoh ilmuan muslim yang berjasa meletakkan asas pada sains moden.
 
 

Wednesday, January 2, 2013

kita, ilmu dan perjuangan.

bismillahirrohmanirohim.

      Alhamdulillah, sedikit termotivasi dengan kisah Yahya Bin Akhtam Al-Tamimi, Abu Muhammad Al-Marwazi. yang dilantik menjadi hakim agama di Kota baghdad pada usia 21 tahun. Seawal usia 21 tahun beliau telah menjadi pakar rujuk bagi semua menteri kerajaan.
  
       Pernah suatu hari seseorang ingin memperlecehkan Yahya kerana usia mudanya itu. Dia sengaja bertanya dihadapan ornag ramai, "berapakah usia tuan hakim?
      
      Bijak membaca niat sini lelaki itu, Yahya lalu menjawab dengan hikmah, "usiaku lebih tua daripada 'attab bin usaid apabila Rasulullah melantiknya menjadi  penguasa makkah. Usiaku lebih tua daripada Muadz Bin Jabal apabila Rasulullah mengutusnya menjadi kadi di Yaman. Dan usiaku lebih tua daripada Kaab Bin Siwar apabila Umar Al-Khattab melantiknya menjadi kadi di basrah."

     Allah.. Allah.. Allah.. Saya bukan sahaja termotivasi malah sediki tersentap. Dan rasanya perasaan tersentap itu lebih bayak daripada termotivasi. Apa tidaknya, seawal usianya 21 tahun, beliau telah menjadi Hakim Agama di Kota Baghdad. Kalau pada masa sekarang, rasa-rasanya remaja seusianya hanyut dengan syurga dunia. cukup saya katakan syurga dunia, ia merangkumi segala perkara-perkara lagha.

   Beza bukan? pemuda-pemuda semasa zaman kegemilangan islam sibuk mempersiapkan diri dengan ilmu. mengisi masa muda mereka dengan persiapan cinta akan ilmu dan perjuangan.apabila dibandingkan diri kita dengan mereka, bagai langit dengan bumi, bagai ketam dengan udang.  Jauh bezanya.

   Apa yang saya lihat sekarang muda mudi akhir zaman ini semakin sibuk mencari kenikmatan syurga dunia yang fana lagi sementara berbanding kenikmatan syurga firdausi yang hakiki lagi kekal di akhirat sana. Pada saya, saya tidak mahu masa muda saya yang begitu singkat ini dibazirkan dengan perkara-perkara yang melalaikan seperti cintan-cintun, sosialisme dan sebagainya. Teringat kata seorang ilmuan yang sangat terkenal kerana penguasaannya dalam pelbagai cabang ilmu, Ibnu Sina, "waktu muda adalah waktu yang sangat singkat untuk menguasai pelbagai bidang ilmu"
 
    abang saya selalu pesan (adik abang kan), "belajar, bukan semata-mata untuk lulus exam dan dapat pekerjaan yang lumayan. Belajar, untuk diri untuk keluarga untuk islam, supaya nanti islam tidak diperlekeh oleh agama lain."  .Bahkan menuntut ilmu merupakan satu kewajipan yang di tuntut oleh agama sejak lahir hingga ke liang lahad. Tambahan, kedudukan orang yang berilmu adalah lebih tinggi di sisi Allah berbanding orang tidak berilmu.  seperti firman Allah dalam Al-quran, Surah Al mujadillah ayat 11,

    " Allah meninggikan orang yang beiman diantara kamu, dan juga orang yang diberi ilmu pengetahuan akan darjat"

  siapa tidak mahu menjadi orang berilmu lagi bertaqwa, ianya idaman semua penghuni dunia. Juga impian saya. Maka persiapkanlah diri untuk menjadi orang yang berilmu lagi bertaqwa.Dan mempersiapkan diri dengan cinta ilmu dan perjuangan adalah sebaik-baik jalan. Isi masa muda kalian dengan perkara-perkara bermanfaat seperti bertandang ke taman-taman syurga (majlis ilmu), kuliah agama, ceramah.


   Terakhir sekali, sebagai selingan mugkin. Hati ini umpama gelas kosong. Jika tidak diisi dengan air, ia tetap terisi dengan molekul-molekul udara. Maknanya, jika kita tidak isi hati kita dengan perkara-perkara yang bermanfaat, pasti perkara-perkara lalai yang akan mengambil tempat.

  sekian. salam.