Wednesday, September 28, 2011

Inilah Bahagia...


  • Daripada Shuhaib r.a, sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud : " Sungguh menakjubkan urusan orang Mukmin. Sesungguhnya semua urusannya adalah kebaikan. Apabila mendapat nikmat, maka dia bersyukur dan itu kebaikan baginya. Dan apabila ditimpa ujian (kesempitan), maka dia bersabar dan itu kebaikan baginya." (Riwayat Muslim dalam al-Zuhud,no.8, halaman 125)
  • Yahya bin Khalid al-Barmaky, seorang menteri yang masyur pada zaman Bani Abbasiyah, ditanya: "Apakah yang dimaksudkan dengan bahagia, wahai tuan?". Jawabnya: "sentosa perangai, kuat ingatan, bijaksana akal, tenang dan sabar menuju maksud."
  • Seorang penyair yang bernama Hutai'ah berkata: "menurut pendapatku, bukanlah kebahagiaan itu pada mengumpul harta benda tetapi takwa kepada Allah itulah bahagia"
  • Ibn Khaldun berpendapat: "Bahagia itu ialah tunduk dan patuh mengikut garis-garis yang ditentukan Allah dan berperikemanusiaan."
  • Ibn Mas'ud r.a. apabila ditanya: "Apakah engkau bersedih kerana kehilangan sebelah kakimu?". Beliau menjawab: "Bukankah Allah telah meninggalkan untukku yang sebelah lagi?"


Benarkan kebahagiaan itu adalah kepuasan pada hati? Bukankah manusia itu tidak akan pernah puas? Selagi mana ia berada di dunia, ia pasti berhadapan dengan kekurangan dan ketidaksempurnaan. Nafsu manusia tidak pernah pudar, malah semaking ingin mengejar kesempurnaan. Kurang popular, kurang kaya, kurang cantik, kurang sihat dan pelbagai tuntutan nafsunya lagi. Tidak akan ada penghujung kemahuan manusia.
     Selamilah dasar hati, percayalah bahawa sesungguhnya bahagia itu terikat pada hati yang mempunyai sifat reda dan tawakkal yang tinggi kepada Allah S.W.T.

Tuesday, September 27, 2011

Gorgeous... Prophet Muhammad SAW

Rasulullah SAW:  "Kehidupanku kebaikan buat kalian, wafatku kebaikan bagi kalian", maka berkata lah para sahabat: "Wahai Rasulullah, kehidupanmu tetap merupakan kebaikan bagi kami, maka bagaimana dengan wafatmu menjadi kebaikan bagi kami?"


Rasul SAW bersabda: "Kehidupanku kebaikan bagi kalian, kuajarkan sunnah dan ku ajarkan syariah pada kalian, kalian bebuat dan mendapat pahala, wafatku bagi kalian didatangkan kepadaku amal2 kalian, bila kulihat padanya catatan kebaikan maka aku memuji ALlah, bila kulihat catatan amal buruk maka aku beristighfar untuk kalian".


Baiknya Rasulullah SAW, baginda rasa prihatin terhadap penderitaan dan penanggungan baik pahala atau dosa kita selaku umat dalam jangka panjang. Itulah baginda kekasih ALlah, tebarkan selawat...

Sunday, September 25, 2011

Alamak, terlupa!


Manusia memang pelupa. Sering terlupa tempat barang miliknya diletak, terlupa ada temu janji, terlupa isi-isi penting pelajaran dengan tepat dalam peperiksaan dan sebagainya. Sebab itulah manusia perlukan organizer dan reminder.
   
    Tidak mengapa jika manusia sering terlupa itu dan ini. Bukankah manusia dinamakan 'manusia' kerana sifatnya yang pelupa? Itulah asal maksud perkataan al-insan daripada kata akar nasiya (lupa). Namun, jangan sekali-kali kita terlupa bahawa kita pernah beraku janji dengan Pemilik timur dan barat serta Pencipta langit dan bumi. Kita pernah 'menandatangani' satu kontrak dengan Pencipta kita. Itulah kesaksian tauhid.



   Allah berfirman yang bermaksud: "Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): 'Bukankah Aku ini Tuhanmu?'

      "Mereka menjawab: 'Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi.' (Kami lakukan yang demikian itu) agar pada hari kiamat kamu tidak mengatakan : 'Sesungguhnya kami (bani Adam) ialah orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)." (surah al-'Araf 7:172)


     Jika kita selalu ingat "aku janji" dan "kontrak" yang pernah ditandatangani dulu, maka perjalanan kita mencari redha Allah pasti akan jarang tersasar walau iman ada naik turunnya.

     Kekalkan fokus demi memenuhi "aku janji" yang pernah dimeterai dulu dengan sentiasa mengikut majlis ilmu dan mengamalkan ilmu yang ada, bergaul dengan orang yang soleh dan selalu muhasabah.






(Dipetik dari sumber: Majalah Solusi, edisi 32)

Saturday, September 24, 2011

Tujuan Ibadah untuk Bersihkan Hati


Tentu masih ramai tertanya-tanya kenapa kita beribadah selama ini. Sebenarnya seluruh amal ibadah dalam Islam sebenarnya bertujuan untuk memperbaiki dan meningkatkan kualiti hati kita.
Kalau hati kita berkualiti, pasti amalan kita juga berkualiti.
Solat
Tujuan utama solat adalah untuk mengingati Allah, Firman Allah dalam Surah Taha : ayat 14, "Dan dirikan solat untuk mengingati-Ku". "mengingati Allah" yang dimaksudkan di sini adalah merasakan kehadiran Allah dalam diri sehingga menimbulkan rasa takut, kagum, malu, hina, dan harap kepada Allah dalam hati.

Puasa
Tujuan puasa adalah untuk melahirkan sifat takwa iaitu mampu mengawal diri dan berhati-hati dengan hukum-hakam Allah. Sebagai contoh adalah firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 183,"Wahai orang yang beriman,diwajibkan berpuasa ke atas kamu untuk berpuasa sepertimana orang yang terdahulu daripada kamu agar kamu menjadi orang yang bertakwa.". Takwa itu juga terletak dalam hati. Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: "Takwa itu di sini (sambil menunjukkan dada Baginda)." Dengan sifat takwa,seseorang itu akan naik "darjahnya" di sisi Allah. Firman Allah dalam surah Al-Hujurat, ayat 13,"Sesungguhnya manusia yang mulia di sisi-Ku ialah mereka yang bertakwa."

Zakat
Tujuan mengeluarkan zakat adalah untuk melatih hati agar mampu memberi kepada orang lain. Sasaran ibadah zakat ialah untuk melunturkan sifat tamak, rakus dan pentingkan diri sesama manusia. Zakat itu kata asas yang bermaksud "bersih". Zakat fitrah adalah untuk "membersihkan" diri, manakala zakat harta adalah untuk "membersihkan" harta. Dan dengan kebersihan diri dan harta ini akan bersihlah hati seseorang daripada kekotoran sifat mazmumah.

Haji
Ibadah haji meletakkan hati sebagai sasaran. Haji hakikatnya adalah kembara seorang hamba membawa hatinya menuju Allah.

Korban
Ibadah korban bertujuan "menyembelih" rasa cinta selain Allah dalam hati manusia untuk hanya mencintai Allah. Firman Allah dalam surah Al-Hajj, ayat 37,"Daging dan darah(haiwan korban) itu sekali-kali tidak akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya adalah ketakwaan kamu..."

Saturday, September 10, 2011

Tanzim PERPPISLD 2011/2012




Pada tarikh 5 September 2011 yang lalu, bertempat di HPA Halal Mart, merupakan tempat mesyuarat agung (Muktamar) PERPPISLD yang telah diadakan kali yang ke-3 semenjak penubuhan PERPPISLD bagi melantik Pimpinan (Tanzim) sesi 2011/2012. Dengan perlantikan itu juga, Tanzim bagi sesi 2010/2011 telah dibubarkan secara sah sambil disaksikan oleh Mursyidul Am serta ahli-ahli PERPPISLD. Berikut merupakan carta organisasi PERPPISLD yang terbaru bagi sesi 2011/2012.

AMIR : Abdurazik bin Abdullah @ Tan Chin Khoon
TIMB.AMIR : Akmal Fadzeel Haizee bin Jamaludin
AMIRAH : Hasnawati binti Lamangka
TIMB.AMIRAH : Salmah  binti Sulaiman
BENDAHARI MUSLIMIN : Wan bin Mohd Sani
BENDAHARI MUSLIMAT: Nur Wafa binti Amsain
SETIAUSAHA MUSLIMIN : Norijan bin Mohammad
SETIAUSAHA MUSLIMAT: Nurul Syakinah binti Syaning
PENGERUSI LTD : Mohd Hanafi bin Mohd Sabtal
TIMB.PENGERUSI LTD : Ana Siti Sarpina binti Saripudin
PENGERUSI LPI : Madrizal bin Kalinggalan
TIMB.PENGERUSI LPI : Noor Maira binti Ibni Hasyim
PENGERUSI LKS : Syarif Mohd Khairummuzammil bin Eriles
TIMB.PENGERUSI LKS : Siti Marlin binti Salleh




Thursday, September 1, 2011

Muktamar PERPPISLD sesi 2010/11

Assalamualaikum dan selamat menyambut hari raya kepada semua ahli PERPPISLD serta pengunjung. Sukacita saya maklumkan bahawa PERPPISLD akan mengadakan Muktamar (Mesyuarat Agung) PERPPISLD bagi membubarkan pimpinan sesi 2010/11 dan melantik pimpinan yang baru untuk sesi 2011/12. Oleh itu, semua ahli PERPPISLD dijemput hadir pada ketetapan berikut :

Tarikh: 05 September 2011 (Isnin)
Tempat: HPA Halal Mart,Bandar Sri Perdana,Lahad Datu,Sabah.
Masa: 9.00 Pagi- 12.30 T/Hari


Antara agenda yang akan diketengahkan adalah:

  • Ucapan Pengerusi
  • Ucapan daripada Penasihat
  • Laporan daripada setiausaha (Mesyuarat/aktiviti tahunan)
  • Laporan bendahari (Kewangan)