Wednesday, January 2, 2013

kita, ilmu dan perjuangan.

bismillahirrohmanirohim.

      Alhamdulillah, sedikit termotivasi dengan kisah Yahya Bin Akhtam Al-Tamimi, Abu Muhammad Al-Marwazi. yang dilantik menjadi hakim agama di Kota baghdad pada usia 21 tahun. Seawal usia 21 tahun beliau telah menjadi pakar rujuk bagi semua menteri kerajaan.
  
       Pernah suatu hari seseorang ingin memperlecehkan Yahya kerana usia mudanya itu. Dia sengaja bertanya dihadapan ornag ramai, "berapakah usia tuan hakim?
      
      Bijak membaca niat sini lelaki itu, Yahya lalu menjawab dengan hikmah, "usiaku lebih tua daripada 'attab bin usaid apabila Rasulullah melantiknya menjadi  penguasa makkah. Usiaku lebih tua daripada Muadz Bin Jabal apabila Rasulullah mengutusnya menjadi kadi di Yaman. Dan usiaku lebih tua daripada Kaab Bin Siwar apabila Umar Al-Khattab melantiknya menjadi kadi di basrah."

     Allah.. Allah.. Allah.. Saya bukan sahaja termotivasi malah sediki tersentap. Dan rasanya perasaan tersentap itu lebih bayak daripada termotivasi. Apa tidaknya, seawal usianya 21 tahun, beliau telah menjadi Hakim Agama di Kota Baghdad. Kalau pada masa sekarang, rasa-rasanya remaja seusianya hanyut dengan syurga dunia. cukup saya katakan syurga dunia, ia merangkumi segala perkara-perkara lagha.

   Beza bukan? pemuda-pemuda semasa zaman kegemilangan islam sibuk mempersiapkan diri dengan ilmu. mengisi masa muda mereka dengan persiapan cinta akan ilmu dan perjuangan.apabila dibandingkan diri kita dengan mereka, bagai langit dengan bumi, bagai ketam dengan udang.  Jauh bezanya.

   Apa yang saya lihat sekarang muda mudi akhir zaman ini semakin sibuk mencari kenikmatan syurga dunia yang fana lagi sementara berbanding kenikmatan syurga firdausi yang hakiki lagi kekal di akhirat sana. Pada saya, saya tidak mahu masa muda saya yang begitu singkat ini dibazirkan dengan perkara-perkara yang melalaikan seperti cintan-cintun, sosialisme dan sebagainya. Teringat kata seorang ilmuan yang sangat terkenal kerana penguasaannya dalam pelbagai cabang ilmu, Ibnu Sina, "waktu muda adalah waktu yang sangat singkat untuk menguasai pelbagai bidang ilmu"
 
    abang saya selalu pesan (adik abang kan), "belajar, bukan semata-mata untuk lulus exam dan dapat pekerjaan yang lumayan. Belajar, untuk diri untuk keluarga untuk islam, supaya nanti islam tidak diperlekeh oleh agama lain."  .Bahkan menuntut ilmu merupakan satu kewajipan yang di tuntut oleh agama sejak lahir hingga ke liang lahad. Tambahan, kedudukan orang yang berilmu adalah lebih tinggi di sisi Allah berbanding orang tidak berilmu.  seperti firman Allah dalam Al-quran, Surah Al mujadillah ayat 11,

    " Allah meninggikan orang yang beiman diantara kamu, dan juga orang yang diberi ilmu pengetahuan akan darjat"

  siapa tidak mahu menjadi orang berilmu lagi bertaqwa, ianya idaman semua penghuni dunia. Juga impian saya. Maka persiapkanlah diri untuk menjadi orang yang berilmu lagi bertaqwa.Dan mempersiapkan diri dengan cinta ilmu dan perjuangan adalah sebaik-baik jalan. Isi masa muda kalian dengan perkara-perkara bermanfaat seperti bertandang ke taman-taman syurga (majlis ilmu), kuliah agama, ceramah.


   Terakhir sekali, sebagai selingan mugkin. Hati ini umpama gelas kosong. Jika tidak diisi dengan air, ia tetap terisi dengan molekul-molekul udara. Maknanya, jika kita tidak isi hati kita dengan perkara-perkara yang bermanfaat, pasti perkara-perkara lalai yang akan mengambil tempat.

  sekian. salam. 

No comments:

Post a Comment