Sunday, January 13, 2013

Ilmuan Islam

Mungkin hanya sedikit dari kita pada masa ini yang mengetahui betapa besarnya sumbangan peradaban Islam pada kemodenan dunia dan Barat. Kemajuan Barat yang bermula dari zaman Renaissace serta Revolusi Industri tidak dapat lepas dari sumbangan orang muslim. Sejarah peradaban Islam selama 13 abad memang tidak banyak diterbitkan, bahkan tidak dijadikan sebahagian dari kurikulum pendidikan Islam kerana banyak kitab dan manuskrip kuno mengandungi sejarah Islam berada di negara Eropah dan Amerika. Banyak rujukan dan kitab para ilmuan muslim yang masih menjadi bahan rujukan bagi ilmuan barat sedangkan negara yang penduduknya kebanyakan Islam seperti "kehilangan jejak sejarahnya".

     Sains mendapat perhatian penting para ilmuan muslim pada era Khalifah Islam kerana kajian dalam bidang ini memiliki kegunaan dan manfaat yang amat tinggi. Sains terbukti mampu membantu dan memudahkan kehidupan manusia sehingga kini. Semasa pemerintahan Kerajaan Abbasiyah merupakan zaman perkembangan dan kebangkitan peradaban Islam dalam hampir semua bidang, termasuk bidang intelektual. Dalam masa yang singkat, para ilmuan dan cendekiawan muslim mampu membawa pembaharuan, perkembangan dan teori baru dalam pelbagai bidang ilmu seperti astronomi,matematik,geografi,perubatan,perubatan,fizik,kimia,botani dan lain-lain. Baghdad dan beberapa kota lain juga memiliki perpustakaan besar. Para ilmuan dan penulis amat dihormati semasa itu. Pada masa itulah juga, kota Baghdad pernah menjadi pusat kajian ilmu di mana para ilmuan dan cendekiawan berkumpul di sana, menyemarakkan setiap sudut kota dengan perbincangan ilmu pengetahuan.


   Para ilmuan muslim telah berjasa dalam meletakkan asas sains bagi generasi berikutnya. Dalam bidang perubatan, para ilmuan muslim telah berjaya memberikan sumbangan yang amat berharga melebihi kejayaan ilmu perubatan yunani. Di antara tokoh ilmu perubatan yang paling masyur adalah Ali At-Tabari, Al-Razi,Ali bin Abbas al Majusi dan Ibnu Sina. Dalam ilmu kimia, dunia mengenali nama Jabbir bin Hayyan, yang bahkan digelar Bapa Ilmu Kimia Islam. Jabbir menulis beberapa risalah mengenai ilmu kimia yang sehingga kini menjadi rujukan para pelajar kimia moden. Ilmuan muslim juga membuat penemuan terbesar pada masa itu dalam bidang astronomi. mereka mengemukakan teori tentang pergerakan sistem suria,planet, dan teori bentuk bumi. Dalam cabang ilmu matematik pula,ilmuan muslim memberikan sumbangan berharga seperti mengembangkan algebra, statistik dan matematik terapan lain. dan masih ramai tokoh ilmuan muslim yang berjasa meletakkan asas pada sains moden.
 
 

No comments:

Post a Comment