Sunday, July 3, 2011

Sukaneka PASTI Al-Falah kali ke-9

Alhamdulillah...baru sahaja kembali dari program sukaneka PASTI... Walaupun penat melayan kerenah pelajar-pelajar, alhamdulillah kami memperolehi ilmu-ilmu yang baru terutamanya bagi pelapis-pelapis PERPPISLD yang akan menerajui pimpinan di masa hadapan. Sukaneka ini dianjurkan sepenuhnya oleh guru-guru tadika PASTI Al-Falah. Oleh kerana Pengerusi tadika tersebut merupakan Penasihat Am PERPPISLD,kami(para pelapis dan tanzim) dijemput untuk memeriahkan lagi suasana disamping membantu dalam menyempurnakan majlis tersebut. Sukaneka tersebut dikelolai oleh Ustaz Hasmin bin Tuyun dan telah dirasmikan oleh Ketua Dewan Pemuda,Ustaz Noryusry Mansor. Maafkan saya kerana sepanjang program ini,saya tidak ada membawa kamera bagi menunjukkan kemeriahan sepanjang program itu dalam bentuk imej. Yang Pasti, banyak ilmu kami peroleh sepanjang program itu. Saya akan cuba untuk mendapatkan imej-imej ketika program tersebut melalui rakan-rakan saya dan insyaAllah akan dimasukkan ke blog ini dalam update seterusnya. :)

Alhamdulillah saya sudah memperolehi gambar-gambar ketika Sukaneka PASTI Al falah tersebut...:DD



No comments:

Post a Comment