Tuesday, May 24, 2011

Kem Remaja Islam Kali Ke-6 kini kembali!




SALAM TA’ARUF
Kem Remaja Islam 2011 (KRIS ‘11) merupakan sebuah kem percutian yang diadakan khusus pada musim cuti sekolah dan pasca peperiksaan. Program ini dibentuk khusus untuk mengisi keperluan remaja semasa yang bergelar pelajar untuk berdepan dengan pelbagai cabaran dan pancaroba krhidupan. Kecelaruan membabitkan pelbagai persoalan seperti pandangan hidup (worldview), agama, nilai, emosi, cinta, akademik dan kerjaya masa depan. Kepercayaan bahawa remaja perlu difahami sebelum mengharapkan mereka memahami, menjadi asas kepada lahirnya KRIS 2011. KRIS 2011 mencakupi enam Topik Dasar berikut iaitu:
• Meneroka rupa bentuk Islam(Input Proses dan Output pada Iman, Islam, ihsan)
• Muslim pada Aqidah, Ibadah dan Akhlaq
• Meneroka aplikasi konsep Syariatullah dan Sunnatullah untuk kecemerlangan
• Pengurusan Emosi dan Cinta Remaja
• Memulihkan Nilai Kekeluargaan dan Interaksi Sosial
• Merancang Pembelajaran dan Kerjaya
• Melatih Pemimpin Pelajar Islam yang Berkarisma

PENGANJUR
PERSATUAN PENDIDIKAN ISLAM & BAHASA ARAB (PIBA)
PERSATUAN PUTERA-PUTERI ISLAM (PERPPIS) LAHAD DATU
Kolaborasi ini adalah untuk memenuhi kriteria Sunnatullah yang menghendaki usaha dakwah dan penyebaran al-Haq dilakukan secara bersistem dan tersusun dalam satu jemaah.

TEMPAT & TARIKH
SMK AGASEH LAHAD DATU : 28 ~ 31 MEI 2011 / 24 ~ 27 JAMADIL AKHIR 1432 HIJRAH (SABTU, AHAD, ISNIN, SELASA)

Kepada para pelajar yang ingin berkampung dan berwacana bersama kami, jangan berlengah untuk mendaftar segera. Kami pasti memberikan sepenuh komitmen kepada program ini. 4 hari 3 malam adalah umur remaja anda yang menjadi amanah kepada kami untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman sebagai detik perubahan penuh makna dan semangat untuk berjuang dengan cemerlang atas prinsip berkongsi ilmu ILAHI. Jadi, apa tunggu lagi dapatkan borang penyertaan daripada: CIKGU MURSIDI BIN AMAT.

TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 24 MEI 2011 (SELASA)
TERHAD KEPADA 100 PESERTA SAHAJA (50 MUSLIMIN & 50 MUSLIMAT)

No comments:

Post a Comment