Ada
seorang pemuda yang lama sekolah di negeri Syam kembali ke tanah air.
Sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang Guru
agama, siapapun yang boleh menjawab 3 pertanyaannya. Akhirnya Orang tua pemuda
itu mendapatkan orang tersebut.
“Anda
siapa? Dan apakah boleh anda menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?” Pemuda
bertanya. “Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan
saudara.” Jawab Guru Agama. “Anda yakin? sedang Profesor dan banyak orang
pintar saja tidak mampu menjawab pertanyaan saya.” Jawab Guru Agama “Saya akan
mencuba sejauh kemampuan saya”
Pemuda :
“Saya punya 3 pertanyaan
1. Kalau
memang Tuhan itu ada, tunjukan kewujudan Tuhan kepada saya
2. Apakah
yang dinamakan takdir
3. Kalau
syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api,
tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab mereka memiliki unsur yang sama.
Apakah
Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?”
Tiba-tiba Guru Agama tersebut menampar pipi si Pemuda
dengan keras. Sambil
menahan kesakitan pemuda berkata “Kenapa anda marah kepada saya?” Jawab Guru
Agama “Saya tidak marah… Tamparan itu adalah jawapan saya atas 3 pertanyaan
yang anda ajukan kepada saya”.
“Saya
sungguh-sungguh tidak faham”, kata pemuda itu. Guru Agama bertanya “Bagaimana
rasanya tamparan saya?”. “Tentu saja saya merasakan sakit”, jawab beliau. Guru
Agama bertanya ” Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?”. Pemuda itu
mengangguk tanda percaya. Guru Agama bertanya lagi, “Tunjukan pada saya wujud
sakit itu!” “ Tak boleh”, jawap pemuda. “Itulah jawapan pertanyaan pertama:
kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.” Terang Guru
Agama.
Guru Agama
bertanya lagi, “Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?”.
“Tidak” jawab pemuda. “Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima sebuah
tamparan dari saya hari ini?” “Tidak” jawab pemuda. “Itulah yang dinamakan
Takdir” Terang Guru Agama.
Guru Agama
bertanya lagi, “Diperbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?”.
“kulit”. Jawab pemuda. “Pipi anda diperbuat dari apa?” “ Kulit “
Jawab pemuda. “Bagaimana rasanya tamparan saya?”. “Sakit.” Jawab pemuda.
“Walaupun Syaitan terbuat dari api dan Neraka terbuat dari api, jika Tuhan
berkehendak maka Neraka akan menjadi tempat menyakitkan untuk syaitan.” Terang Guru Agama.
* Subhanallah. maha suci ALLAH. ALLAH memang hebat, tak perlu jauh-jauh carik kehebata-NYA. lihat diri kita, dari apa manusia diciptakan pada mulanya? kita bernafas, kita hirup udara, kita dapat lelapkan mata pada malam hari dan pada esok harinya kita bangun semula dengan keadaan yang sama, tanpa cacat cela.semuanya atas kuasa ALLAH. bayangkan saja, bila ALLAH tarik nikmat oksigen dekat dunia ni. boleh ke kita bernafas?. boleh ke kita hirup udara?. ~fikirkan. selamat beramal!
No comments:
Post a Comment